Merencana Perubahan

Assalamualaikum wbt;

‘Untuk membaiki dunia, baiki manusianya. Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya’

Perubahan perlu sentiasa berlaku samada ia adalah perubahan kecil mahupun besar dengan matlamat yang sama iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari masa lalu. Perubahan berlaku apabila terdapat kemahuan yang tinggi untuk berubah ataupun terdapat agen-agen perubahan yang jelas hala tujunya.

Meskipun melakukan sesuatu perubahan  bukanlah mudah tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan selagi mempunyai kemahuan untuk berubah ataupun mengubah. Pastinya usaha yang mempunyai  sistem terancang mampu mengerakkan sesuatu perubahan.

‘Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.’ [HR Imam al-Bukhari dan Muslim]

Tanpa mengetepikan hakikat sesebuah kuasa, perubahan boleh dilaksanakan tanpa agen perubahan terlebih dahulu mempunyai kuasa untuk mengubah. Sesetengah pihak mungkin sering menunggu ‘kuasa’, kemudian baru mahu mengubah. Hakikatnya, tanpa ada ‘kuasa’, agen perubahan masih mampu untuk melakukan perubahan. Semuanya terletak pada niat agen pengubah, adakah mereka benar-benar mahu mengubah sesuatu ke arah kebaikan, atau mahukan ‘perubahan kuasa’(bukannya perubahan yang sebenar-benar). Sekiranya atas dasar kuasa, pasti terlalu banyak kebaikan yang tergadai atas kegilaan ‘perubahan kuasa’.

Perebutan Kuasa Membawa Bencana

Manusia yang kreatif, inovatif, berfikiran positif dan bersifat sederhana mempunyai pelbagai idea, melihat/menerima sesuatu dengan pelbagai pandangan serta mempunyai visi yang jelas. Manakala manusia yang berfikiran negatif, sempit dan bersifat taksub sering menafikan kekurangan pihaknya serta enggan menerima kebenaran pihak lain. Sekiranya agen perubahan adalah daripada golongan manusia ini, nescaya terdapat pelbagai perselisihan dan perpecahan yang akan berlaku.

*******************************************************************************

Jika ini adalah takdirnya, perubahan wajib dilakukan dalam satu strategi yang cukup terancang bersama hikmah.  Mereka adalah saudara yang pernah dinafikan akidahnya, silaturrahimnya, dinafikan jasa budinya tetapi dibangkitkan segala keburukannya seperti merekalah yang paling kejam dan zalim. Meskipun mereka telah banyak berjasa, mereka tetap harus dijatuhkan sekali pun dengan apa jua cara-‘asalkan bukan mereka’-akhirnya sudah seperti matlamat menghalalkan cara. Semua ini hanyalah disebabkan kegilaan perebutan kuasa.

Kembali pada al-Quran dan Sunnah

Apa yang pasti mereka perlu dibawa untuk kembali pada fitrah. Akidah masih sama, cuma pemahaman dan amalan masih samar-samar. Mungkin ini disebabkan mereka dibesarkan dalam suasana yang berbeza fitrah. Bukan mereka tidak mahu untuk kembali kepada fikrah tetapi perpecahan ideologi ini cukup membuatkan mereka makin jauh.  Akibatnya kerugiaan benar-benar memihak kepada persaudaraan ini.

Persaudaraan Islam

Hakikatnya, perjuangan belum selesai kerana setiap zaman memerlukan perubahan untuk menjadikan zaman itu lebih baik dari zaman-zaman sebelumnya. Bermula dari dalam dan bawah sehingga sampai ke pucuknya. Jalannya cukup-cukup sukar.

Wasalam.

Advertisements
Posted in nation, politics | Leave a comment

Tiada Pilihan

Assalamualaikum wbt.

Sedikit coretan pembuka bicara setelah kian lama menyepi diri bertafakur alam, bermusafir dalam ketika.

“Dalam kehidupan, tidak semestinya banyak pilihan yang diberi. Pastinya laluan yang ditakdirkan itulah yang terbaik untuk setiap insan”

“Bagi setiap saat, pasti ada tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan. Manakala untuk seseorang, setiap detik yang dilalaikannya adalah penderitaan buat umat”

“Mahu atau tak mahu, suka atau duka ia adalah takdir buat dirinya. Tiada pilihan untuk dirinya lari dan berdiam diri”

taiping 2012

 

Posted in nation, people, politics | Leave a comment

The Other View of Bersih 2.0

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah pandangan lain mengenai Bersih 2.0 yang di sampaikan oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim  Bandar Bahru. Beliau mempunyai perjalanan politik yang menarik. Beliau merupakan bekas ahli PAS, PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas. Perjalanan serta pandangan politik beliau boleh diikuti di blog beliau: http://zul4kulim.blogspot.com/ . Jom baca!

Buat orang-orang muda [merujuk pada pemuda-pemudi Islam] yang merupakan pemimpin-pemimpin masa depan, kita perlu bersikap, berfikiran terbuka dalam menilai suasana politik semasa kerna kitalah yang sebenarnya yang akan mencorak, membentuk politik baru masa depan iaitu politik yang bukan berasaskan [taksub] pada politik kepartian tetapi pada matlamat yang sama iaitu Negara Islam yang sebenar yang sudah pastinya adil pada semua peringkat masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan pada seluruh alam.

Perubahan boleh dimulakan dengan mendapatkan info daripada pelbagai sumber bukannya satu sumber sahaja. Sekiranya maklumat hanya dari satu sumber sahaja, kita tidak mampu membuat penilaian yang sewajarnya.

Sebenarnya di Malaysia, aktiviti-aktiviti brain-wash sudah sekian lama dilakukan. Sejak dari kecil lagi, kita telah ditanam perasaan benci pada satu pihak dan menutup kebenaran pada satu pihak yang lain. Maka, tidak hairan ada di kalangan kita yang bersikap begitu kritikal/ ekstrem terhadap sesuatu pihak. Apabila dibincangkan apa yang telah dilakukan oleh pihak lain, mereka sebenarnya tidak tahu. Kesalnya, sehinggakan ada dikalangan mereka yang tidak mahu menerima kebenaran daripada pihak lain.

Maka kita pelu ketepikan pemikiran hanya satu pihak (parti) yang benar, pihak-pihak yang lain pula adalah salah. Kita perlu ambil tahu pandangan dua-dua belah pihak. Yang mana betul kita sokong, yang mana salah kita betulkan melalui saluran, cara yang betul.

Ayuh, kita berubah! Benar-benar berubah bukannya diubah!

Jom Berubah!!!

Posted in nation, politics | Tagged , , | Leave a comment

Global Outreach Program 2011 [GORP] Cambodia-Thailand

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah GORP 2011 telah berjalan dengan lancar walaupun masih banyak yang perlu diperkemaskan. GORP 2011 mempunyai dua misi: 1. Misi kemanusiaan di kemboja secara khususnya di Madrasah Darul Ulum di Poi Pet; 2. Lawatan Sambil Belajar yang juga merupakan networking mission di BangkokProgram yang berkonsep seperti GORP adalah merupakan kali pertama dianjurkan oleh IPhA.

Di Kemboja kami berada selama 8 hari termasuk berada di dua bandar utama iaitu Phnom Phen dan Siem Reap. Bermula dengan pendaratan di Lapangan Terbang Phnom Phen, kami disambut oleh Mufti Siem Reap, Ust Musa. Di ibu negara ini kami dibawa ke dua tempat pelancongan utama iaitu S21 [Penjara Tahanan Politik Khmer Rouge] dan Killing Field [tempat pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Khmer Rouge]. Kami juga berkesempatan menemui Duta Malaysia serta makan di Restoran Wau yang dimiliki oleh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang. Pemerintahan Khmer Rouge [Parti Komunis Kemboja] dari tahun 1975-1979 telah cukup mengubah lanskap politik dan fizikal negara ini. Berteraskan prinsip anti-barat secara radikal, maka segala-gala berkaitan dengan barat dihapuskan. Sebagai contoh intelektual, agamawan, bangsawan dibunuh secara kejam dan dasar ekonomi pertanian dilaksanakan secara total manakala dasar ekonomi semasa seperti perindustrian dihapuskan. Maka rakyat yang sememangnya serba miskin menjadi semakin daif.

Setelah dua hari berada di Phnom Phen, perjalanan diteruskan ke Siem Reap yang merupakan bandar pelancongan utama di negara ini. Tarikan utamanya ialah Angkor Wat. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk singgah di beberapa penempatan utama masyarakat islam di sepanjang perjalanan dari Pnom Phen ke Siem Reap. Secara umumnya, penempatan-penempatan ini masih memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan untuk membina masjid-masjid dan sekolah-sekolah serta pembiayaan kos institusi-institusi ini. Masyarakat Islam Kemboja yang majoritinya berbangsa Champ sangat menghargai kedatangan rombongan-rombangan dari Malaysia kerna kita telah banyak membantu pembangunan fizikal, rohaniah, dan akliah.

Semasa di Siem Reap juga, kami berkesempatan untuk menziarahi perkampungan air di tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara; Tonle Sap. Majoriti penduduk di sini adalah orang Khmer (bukan islam) dan terdapat juga minoriti muslim iatu orang Champ. Di sini terdapat benar-benar sebuah masjid terapung. Pekerjaan utama penduduk kampung ini adalah nelayan dan kehidupan mereka sangat daif, sehinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat USD 1 daripada para pelancong yang mengunjungi perkampungan ini. Kisah kehidupan mereka boleh dibaca di sini.

Program utama iaitu misi kemanusiaan bermula pada hari yang keempat, Misi ini bertempat di Madrasah Darul Ulum yang terletak di daerah Poi Pet yang merupakan kawasan sempadan antara Kemboja dan Thailand. Di sini pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pemeriksaan kesihatan, mengedarkan barang-barang sumbangan [duit dan pakaian], jamuan kenduri daging (di sini teramat jarang makan daging), program keilmuan, beberapa program yang berbentuk riadah serta survey tentang keadaan sosioekonomi penduduk-penduduk di sini. Hasilnya, kami berjaya mengenal pasti bantuan-bantuan yang diperlukan antaranya ialah ilmu [seperti bahasa inggeris, sains dan matematik serta kemahiran-kemahiran hidup], kemudahan [seperti pam air, asrama] dan juga kewangan. Kira-kira RM3000 diperlukan untuk perbelanjaan asas Madrasah Darul Ulum dan buat masa ini sumber kewangan adalah daripada Ust Afi yang merupakan pengasas madrasah & kampung ini-. Beliau merupakan pensyarah Centre for Foudation Studies (CFS) UIAM. Maka bantuan-bantuan ini amat diperlukan di perkampungan ini.

Pada hari ke-8 (setelah berada 5 hari di Madrasah Darul Ulum), kami berangkat ke Bangkok. Di sempadan terdapat sebuah kawasan membeli-belah iaitu Golden Gate yang seperti di Rantau Panjang, Kelantan atau di Padang Besar, Perlis. Apa yang menarik di sini ialah pelancong/ pengungjung boleh menyewa motosikal, basikal dan juga Golf Car untuk bergerak di antara kawasan-kawasan kedai kerna kawasan Golden Gate ini adalah sangat luas.

Maka di Bangkok, kami melengkapkan misi yang kedua. Alhamdulillah di sini kami sempat mengunjungi Halal Science Center (HSC) di University Chulalongkorn, Cancer Research Center (CRC) dan menziarahi Masjid Kudi Cho Fa. Pastinya ketiga-ketiga tempat ini sangat menarik dan mempunyai sejarah dan sumbangan yang tersendiri. HSC mampu memberi sumbangan kepada umat Islam menerusi halal research walaupun masyarakat Islam bukanlah penduduk majoriti di Thailand. Malah Brunei dan Indonesia turut menggunakan kepakaran HSC. Manakala CRC pula berperanan seperti Institut Jantung Negara (IJN) dimana CRC memfokus pada kanser dan IJN pula  memfokus pada jantung.

Berbeza dengan kedua-dua institusi di atas, Masjid Kudi Cho Fa mempunyai peranan yang tersendiri iaitu terhadap masyarakat Islam setempat. Masjid ini terletak di Ayuthaya iaitu ibu negara Thailand sebelum Bangkok. Penduduk di sini mempunyai asal-usul dari pelbagai negara seperti Iran, negara-negara Arab, India dan ada juga dari Semenanjung Tanah  Melayu  terutama dari Kedah dan Kelantan. Jika diperhatikan, masjid-masjid di negara minoriti muslim, peranan masjid begitu meluas dengan memberi kemudahan yang pelbagai kepada masyarakat setempat.

Alhamdulillah pastinya perjalanan ini memberi pengalaman yang berharga buat semua yang terlibat. Segala keberhasilan program ini harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Terima kasih buat mainboard GORP dan semua committee yang telah bersusah payah berusaha menjayakan GORP 2011.

InsyaAllah jumpa lagi pada masa-masa akan datang!!

Posted in community service, Mahasiswa, people | Leave a comment

My Way

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah Global Outreach Program 2011 [GORP’11] berjalan dengan lancar dan merupakan program terakhir semasa berada dalam IPhA. InsyaAllah coretan mengenai GORP’11 akan dipos untuk entry yang berikutnya.

Empat tahun berada di Kulliyyah of Pharmacy bersama Rx6th dan IPhA pastinya penuh dengan pahit manis. Sememangnya apa yang berlaku tidak pernah diduga mahupun diimpikan. Niat asal hanyalah semata-mata mahu fokus pada pelajaran-graduate dengan 1st class honour-dan sukan untuk mewakili universiti. Tidak pernah terpikir mengenai batch dan IPhA. InsyaAllah perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

Rx6th adalah batch pertama yang jumlah pelajar paling ramai melebihi batch yang terdahulu dan masih mengekalkan jumlah pelajar lelaki yang paling ramai. Maka sudah tentu pastinya penuh dengan seribu-satu ragam, aliran pemikiran serta latar-belakang yang pelbagai. Alhamdulillah batch ini sangat pro-aktif terutamanya dengan aktiviti-aktiviti batch berbeza dengan aktiviti-aktiviti IPhA. Antara yang menarik adalah kewujudan silent voices yang menggunakan pelbagai nama samaran mencetus pelbagai kontrovosi, provokasi, mahupun cadangan2 yang bernas serta hujah2 untuk perbincangan ilmu di blog.

Bagi IPhA pula, suasana [nature] kewujudannya pasti berbeza dengan batch. Apabila berada dalam IPhA, menjadi pemimpin IPhA [mainboard & excos], semangat batch haruslah diminimumkan atau ditonjolkan secara jelas agar keharmonian, perpaduan, integrasi serta semangat IPhA dapat dikekalkan. Alhamdulillah, tahap IPhA telah sangat tinggi berbanding dengan persatuan2 lain dan boleh juga jika ingin dibandingkan dengan kulliyyahnya sendiri terutama dalam aspek sumbangannya kepada masyarakat. Momentum IPhA ini haruslah dikekalkan. Semuanya perlu dilakukan kerana Allah untuk Islam, ahli2nya, ummah, masyarakat dan negara. Ketika pemilihan terakhir dalam IPhA [tenure 2010/2011] pernah berdoa meminta supaya Allah mengurniakan barisan exco yang terbaik. Alhamdulillah doa dimakbulkan. Buat IPhA gunakanlah Apip dengan sebaik mungkin untuk membawa IPhA ke tahap yang lebih tinggi. Apip ada setahun lagi sebagai Presiden MyPSA.

Maka untuk mengerakkan kedua-kedua ini [rx6th & IPhA] kesabaran, komitmen, fokus yang tinggi serta pergorbanan yang besar amatlah diperlukan. Nak atau tak nak tu adalah kewajipan dalam melaksanakan amanah. Walaupun kadang-kadang seperti sudah tidak mampu menahan kesabaran dan adakalanya kita kena redho je dengan apa yang orang katakan.

Pernah merasa dilabel ‘terlalu lembut sampai orang lain pun boleh dipijak kepala’. Sebenarnya apa yang dikatakan tidak lah betul. Mereka tak faham betapa pentingnya kemahiran berdiplomasi, bertolak-ansur kerna hakikatnya mereka tidak mengenali, memahami sepenuhnya kualiti yang ada pada setiap manusia. Alhamdulillah ketika dipenghujung ini, Allah memberi peluang untuk lebih mengenali.

Buat seorang pemimpin, ketenangan amatlah diperlukan walaupun betapa besarnya sesuatu masalah yang dihadapi. Jika kekalutan yang ditonjolkan pastinya keadaan akan bertambah kelam-kabut. Sebagai contoh, semasa Pilihan Raya Sarawak, PM pernah ditanya kenapa dia masih tersenyum dan tenang walaupun keadaan parti kerajaan masih tak menentu. Jawapan beliau, dia perlu bersikap tenang agar semua jentera pilihan raya kerajaan tidak luntur semangat. Hasilnya, kerajaan berjaya mengekalkan kemenangan. Tetapi antara kesilapan yang besar adalah apabila seseorang pemimpin tidak berkongsi masalah/ cabaran yang dihadapi dengan pembantu [atau orang kanan] yang terapat dengannya yang sentiasa memberi sokongan dan semangat padanya.

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dalam susah-senang, pahit manis perjuangan serta my think tanks selama empat tahun; Ilham Nur, Matmin, Apip, Yob, Amin, buat yang sentiasa memberi sokongan dan semangat, seniors yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta ramai lagi, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Mohon maaf atas salah silap. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Semua pengalaman di sana pasti membuat hati berat untuk meninggalkan tempat itu tetapi suasana di sana juga membuatkan semakin tawar hati dan buat sementara waktu ini terasa seperti tidak mahu kembali lagi ke sana dan terlibat dengan apa2 pun yang berkaitan dengannya. Mungkin suasana inilah yang dikatakan hakikat perjuangan.

Masa depan berikutnya pula penuh dengan keputusan-keputusan yang sangat penting yang mencerminkan kehidupan sebenar perjalanan ini.

“I’ don’t care what people think. But I do care being able to do what I set to do. I wanted to help develop this country” Dr M.

Posted in Mahasiswa, nation, people | Tagged , | 2 Comments

Journeys to the other Shore

Assalamualaikum wbt..

‘He who does not travel will not know the value of men. Travel, you will see the meaning [of things]. – a Morrocan proverb cited from the Book of ‘Journeys to the Other Shore’.

Perjalanan ke Singapura (yang dulu dikenali sebagai Temasek) membawa dimensi pemikiran baru. Pernah dulu pulau ini menjadi wilayah pemerintahan Kesultanan Melayu Islam, akibat perebutan kuasa, terlepaslah ia kepada pihak-pihak lain.

Setelah beberapa abad sejarah penemuannya dan secara rasmi ia terlepas dari wilayah pemerintahan dan kekuasaan Sultan pada tahun 1965, Singapura kini menjadi salah satu negara maju di Asia.

Lee Kuan Yew

Ketika ia keluar dari Malaysia (atau dikeluarkan), Perdana Menteri Lee Kuan Yew mencari idea bagaimana untuk meningkatkan ekonomi. Pada masa itu (1965), Singapura masih lagi bergantung pada hasil ekport dimana sumbernya adalah dari Malaysia. Maka setelah bertungkus-lumus mencari idea, Lee Kuan Yew tekad untuk menjadikan industri sebagai sumber ekonomi baru dan Israel sebagai inspirasi (Israel mampu membina ekonomi sendiri biarpun bermusuhan dengan negara-negara jiran). Hasilnya, Singapura berjaya!

Alhamdulillah, kunjungan ke beberapa tempat di Singapura, digunakan sebaik mungkin untuk memahami sedikit suasana sosiopolitik negara bandar tersebut.

NUS Pharmacy

Kunjungan pertama adalah ke National University of Singapura (NUS) dan secara khususnya ke Jabatan Farmasi (Department of Pharmacy) yang merupakan salah satu bahagian dalam Fakulti Sains. Di sini sudah menampakkan kehebatan universiti tersebut. Apa yang pasti Pharmacy Department (PD) di sini sangat menekankan penyelidikan (research) dan yang amat mengagumkan salah satu visi atau misinya (selain melahirkan 8-stars pharmacist) adalah untuk mencapai matlamat Badan Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) iaitu membantu menjadikan bidang farmaseutikal sebagai salah satu sumber utama ekonomi Singapura . Maka PD ini saling berhubung-kait dengan special economic region- salah satunya adalah BioFusion. Di sini pelajar mempunyai peluang terhadap segala kemudahan moden. Berbanding di Malaysia, hampir pasti jauh sekali untuk setiap universiti/kulliyyah untuk mempunyai visi dan cita-cita yang besar ini.

Marina Bay Sands

Berlainan dengan NUS, Marina Bay yang terletaknya ikon yang paling popular di pulau ini iaitu Merlion (Mermaid+lion). Dulu tempat ini merupakan bekas perkampungan nelayan Melayu yang turut dikenali sebagai Teluk Belanga. Kreativiti yang ada dimanfaatkan untuk menjadikan tempat ini menjadi antara pusat pelancongan yang wajib pergi. Di hadapan Merlion ini terdapat Marina Bay Sands Casino dan Sand SkyPark.

Arab Streets di mana terletaknya Istana Kampong Gelam dan Masjid Sultan mempamerkan uniknya negara dagang yang mana Islam adalah asas negara. Di sini merupakan kawasan peninggalan terakhir Kesultanan Melayu Islam (Sultan Hussien Shah dan kerabat) sebelum diambil alih oleh Kerajaan Singapura dan dijadikan tempat lawatan pelancong!

Kunjungan terakhir di Singapura adalah di Singapore Zoo. Di sini sekali lagi timbul kekaguman bagaimana negara ini menggunakan segala sumber yang terhad tetapi berjaya melonjakkan zoo ini menjadi antara zoo yang terbaik di Asia Tenggara. Di dalam kawasan zoo ini terdapat hospital kecil haiwan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah ambulans! Sudah pasti zoo ini mempunyai pelbagai tarikan.

Masjid Sultan

Kembara ke tiga buah masjid iaitu Masjid Sultan, Masjid al-Mukminin dan Masjid Sultan Abu Bakar menjadikan perjalanan ini unik dalam menyelusuri era Islam di tempat dan masa yang berbeza.  Masjid Sultan siap dibina pada tahun 1928 terletak ditengah-tengah kawasan umat Islam Kampong Glam yang berlainan bangsa iatu perkampungan Melayu bersama Sultan dan kerabat, pedagang-pedagang arab dan pedagang-pedagang India Muslim. Aktiviti-aktiviti perniagaan di sekitar Masjid Sultan yang masih kekal sehingga kini , bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong Islam malah turut berjaya menarik perhatian pelancong bukan Islam.

Masjid al-Mukminin

Masjid kedua pula ialah Masjid al-Mukminin. Masjid ini merupakan masjid moden yang kosnya ditampung sendiri oleh penduduk Islam setempat. Di Singapura, tiada peruntukan khusus untuk pembinaan masjid dan laungan azan turut dikawal. Rata-rata masjid di sini memang memainkan peranan yang sangat penting dan sambutan masyarakat Islam setempat  amat memberangsangkan. Sebagai contoh, Masjid al-Mukminin dilengkapi dengan tadika dan kawasan permainan (di level 3), conference room, bilik pejabat, dewan kursus, bilik rujukan (bacaan) dan juga wifi.

Masjid Sultan Abu Bakar

Manakala, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Baharu adalah masjid terakhir yang diziarah sebelum pulang ke Kuantan. Masjid ini dibina oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1892 hingga 1900 selepas ibukota kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri (kini Johor Baharu). Berbeza dengan Masjid Sultan dan Masjid al-Mukminin, masjid ini kelihatan ‘tenang’ dan peranannya tidaklah sehebat kedua-kedua masjid tersebut. Mungkinkah sense of belonging umat Islam di Malaysia terhadap masjid adalah kurang berbanding umat Islam Singapura? Mungkin juga ia adalah salah kerajaan sebab sentiasa memberi peruntukan untuk pembinaan masjid di Malaysia, maka sense of belonging kurang. Something need to ponder..

Perjalanan singkat ini amat bermakna kerana ia merangkumi pelbagai tujuan yang berjaya membawa perspektif baru. Kembara tiga masjid, NUS, marina bay dan Arab Streets mencerminkan pelbagai segmen masyarakat yang merentasi sejarah membentuk zaman.

Kesungguhan Singapura untuk berubah harus dijadikan teladan buat Malaysia kerana kita mempunyai pelbagai sumber alam, keunikan budaya dan pasaran ekonomi yang lebih luas. Semua ini perlu dimanfaatkan. Maka, kita perlu membentuk jati diri sendiri untuk menjadikan Malaysia benar-benar menjadi negara moden tapi dasar negaranya tetap berlandaskan agama Islam. Rakyatnya pula hidup aman, makmur dan bersatu-padu.

‎”MERDEKA terbina atas tiang sejarah, untuk membina sejarah baru. MERDEKA adalah milik berharga negara bangsa; berdosa bagi mereka yang mempersia-siakannya; biadap bagi mereka yang tidak menghormatinya” ~ Tun Abdullah Ahmad Badawi

Malaysia

Posted in nation, people | Tagged , | 2 Comments

Diantara Dua Tun

Assalamualaikum wbt…

Putrajaya

Era pentadbiran setiap Perdana Menteri Malaysia memang mempunyai perbezaan yang tersendiri termasuklah juga cabaran yang dihadapi.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Mahathir yang dilahirkan pada 1925 di Alor Setar, Kedah merupakan seorang doktor perubatan yang mengambil ijazahnya di King Edward VII College of Medicine Singapore. Di sini beliau pernah gagal dalam salah satu subjek semasa di tahun akhir. Sememangnya, semangat juang yang tinggi serta jiwa yang besar membolehkan beliau menghadapi pelbagai cabaran.

Malaysia sebenarnya agak ‘terlambat’ untuk mendapat Perdana Menteri yang seperti beliau. Semasa di era Tun Dr. M, barulah Malaysia bergiat aktif ke arah negara perindustrian (setelah 25 tahun merdeka). Jika dibandingkan Jepun (1960), Korea Selatan (1960+) dan Singapura (1968+). Negara industri sangat penting dalam meningkatkan ekonomi negara dan rakyat.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Disamping pelbagai idea bernas, kepantasan dan ketegasan beliau dalam mentadbir negara, Tun Dr. M juga tidak terlepas daripada pelbagai kontroversi atau isu seperti kronisme, isu pembatalan dan pengkafiran UMNO (apabila bekerjasama dengan bukan Islam) dan pembaziran wang negara untuk pelbagai projek (seperti proton, putrajaya, lebuh raya utara selatan dan jambatan pulau pinang).

Berbeza dengan Tun Dr M, Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badwi yang berasal dari keluarga agamawan, mendapat populariti yang cukup tinggi di awal pentadbirannya. Memenangi Pilihanraya Umum ke-11 dengan majoriti besar (hampir menawan Kelantan), Tun Abdullah gagal memanfaatkan peluang yang ada. Dasar Islam Hadhari tidak mendapat sambutan malah turut menjadi sebahagian kontroversi samada Hadharah Islamiah dan pelbagai istilah lain. Majoriti besar di parlimen sepatutnya digunakan sebaik mungkin seperti merealisasikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar (latar belakang Tun Abdullah, kuasa kuat politik melayu-islam di parlimen, dasar Islam Hadhari).

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Abdullah mungkin hendak berbeza rentak pentadbiran dengan Tun Dr. M, namun beliau gagal dalam ‘tenang dan santai’. Secara umumnya, Tun Abdullah telah berjaya membawa Malaysia ke arah lebih terbuka dan meningkatkan kebajikan penjawat awam (gaji disemak dan dinaikan). Tun Dr. M tetap akan dikenang dalam sumbangan beliau meningkatkan ekonomi dan memodenkan Malaysia.

Walaubagaimanapun, persamaan ‘sampingan’ buat kedua tokoh ini adalah mereka mempunyai tulang-belakang yang kuat yang sentiasa menyokong yang sememangnya sangat diperlukan oleh pemimpin. Tulang-belakang yang bukan liabiti.

Tun Abdullah and Tun Dr. Mahathir

‘Semakin besar impian dan cita-cita, semakin besar jiwa (hati) yang diperlukan, semakin kuat disiplin yang perlu dipraktikan’

Posted in nation, politics | Tagged , | 2 Comments