Kahwin dah, apa plak lepas ni?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah telah seminggu selesai urusan majlis pernikahan dan perkahwinan. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan ahli-ahli keluarga yang hadir. InsyaAllah apabila ditakdirkan sampainya majlis anda nanti saya dan keluarga akan berkunjung ke sana pula. Apa-apa pun hanya Allah swt sahaja  yang mampu membalas jasa dan pengorbanan anda semua.

Keluarga Sakinah

Keluarga Sakinah

Dahulu masa kecil iaitu masa sekolah rendah, kita selalu diterapkan tentang impian dan cita-cita. Kita ditekankan tentang belajar dengan bersungguh-sungguh. Setiap peperiksaan yang utama kena ‘score’. 5A, 8A, 10A dan bermacam-macam A lagi. Selepas SPM, kita diimpikan lagi untuk masuk ke universiti, bekerja, berkahwin dan bermacam-macam lagi. Itulah kehidupan dunia-ada sahaja yang ingin dicari-mungkin tercapai atau tidak-namun ia tidak kekal. Apabila kita terus berfikir, berfikir dan berfikir merancang hala tuju kehidupan dunia ini, kita akan menemui hakikat yang sebenarnya iaitu tujuan kehidupan ini adalah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Maka segala apa yang dilakukan, apa yang dicita-citakan matlamat akhirnya adalah kehidupan diakhirat. Setiap tindakkan, percakapan, perlakuan-seperti pekerjaan, perkahwinan, kehidupan kekeluargaan perlulah bersandarkan keuntungan di akhirat kelak. Kita sebenarnya adalah khalifah di sini dan dalam masa yang sama kita adalah seorang hamba kepada Allah-tuhan yang Maha Esa.

Kejayaan umat ini terletak pada setiap individu, seterusnya keluarga yang soleh, masyarakat yang taat pada syariat dan negara yang berkat dan diredhoi Allah. Setiap baitul muslim perlu dipenuhi dengan keindahan cahaya iman dan taqwa. Solat berjemaah, qiamullail, bacaan al-mathurat dan al-quran adalah antara pengisian dalam sesebuah baitul muslim. InsyaAllah anak-anak perlu diajar mengenali dan mencintai Allah dan Rasullah s.a.w seterusnya mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya. Agar kelak lahirnya umat yang bukan sahaja hebat kehidupan dunianya malah akhiratnya juga.

Antara kezaliman di bumi Palestin: Mangsa kekejaman tentera israel adalah kanak-kanak dan wanita Palestin.

Di saat coretan ini ditulis, bumi Gaza diserang kembali dengan zallimnya oleh penjajah Israel Zionis laknatullah. Kita di sini mungkin sedang berada dalam keseronakan melangsungkan majlis perkahwinan namun saudara-saudara kita di sana terus syahid berjuang mempertahankan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa. Apa yang sedang berlaku  ini sebenarnya adalah isyarat dari Allah untuk menyedarkan kita bahawa kita mempunyai amanah dan tanggunjawab yang belum dilaksanakan. Oleh itu, kehidupan ini bukan semata-matanya untuk diri sendiri- bekerja, berkahwin, mencari harta dunia tetapi terletak juga pelbagai hak-hak lain ke atas kita.

Bebaskan Palestin!!!

Kebatilan yang terancang dan tersusun akan berjaya mengalahkan kebenaran yang tidak sistematik. Justeru, apa yang perlu kita lakukan seterusnya adalah menyiapkan diri dan keluarga untuk menjadikan masyarakat serta umat ini cantik akhlaknya,indah tutur katanya,  manis imannya, teguh akidahnya, kehidupan seharian begitu aman, harmoni serta bebas daripada segala jenayah, kezaliman, kepincangan serta terjamin kehidupan akhiratnya seakan-akan kita berada dalam negara Islam Madinah dan khulafah. Jika kita tidak terpanggil untuk berada di medan jihad, zuriat keturunan kita pasti sudah bersedia untuk menjadi ahli syuhada. InsyaAllah. Amiiinn.

Wasalam.

Dari taiping ke tangkak.
10 Muharram 1434H

Advertisements
This entry was posted in keluarga, nation, Palestin, people, politics and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s