Journeys to the other Shore

Assalamualaikum wbt..

‘He who does not travel will not know the value of men. Travel, you will see the meaning [of things]. – a Morrocan proverb cited from the Book of ‘Journeys to the Other Shore’.

Perjalanan ke Singapura (yang dulu dikenali sebagai Temasek) membawa dimensi pemikiran baru. Pernah dulu pulau ini menjadi wilayah pemerintahan Kesultanan Melayu Islam, akibat perebutan kuasa, terlepaslah ia kepada pihak-pihak lain.

Setelah beberapa abad sejarah penemuannya dan secara rasmi ia terlepas dari wilayah pemerintahan dan kekuasaan Sultan pada tahun 1965, Singapura kini menjadi salah satu negara maju di Asia.

Lee Kuan Yew

Ketika ia keluar dari Malaysia (atau dikeluarkan), Perdana Menteri Lee Kuan Yew mencari idea bagaimana untuk meningkatkan ekonomi. Pada masa itu (1965), Singapura masih lagi bergantung pada hasil ekport dimana sumbernya adalah dari Malaysia. Maka setelah bertungkus-lumus mencari idea, Lee Kuan Yew tekad untuk menjadikan industri sebagai sumber ekonomi baru dan Israel sebagai inspirasi (Israel mampu membina ekonomi sendiri biarpun bermusuhan dengan negara-negara jiran). Hasilnya, Singapura berjaya!

Alhamdulillah, kunjungan ke beberapa tempat di Singapura, digunakan sebaik mungkin untuk memahami sedikit suasana sosiopolitik negara bandar tersebut.

NUS Pharmacy

Kunjungan pertama adalah ke National University of Singapura (NUS) dan secara khususnya ke Jabatan Farmasi (Department of Pharmacy) yang merupakan salah satu bahagian dalam Fakulti Sains. Di sini sudah menampakkan kehebatan universiti tersebut. Apa yang pasti Pharmacy Department (PD) di sini sangat menekankan penyelidikan (research) dan yang amat mengagumkan salah satu visi atau misinya (selain melahirkan 8-stars pharmacist) adalah untuk mencapai matlamat Badan Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) iaitu membantu menjadikan bidang farmaseutikal sebagai salah satu sumber utama ekonomi Singapura . Maka PD ini saling berhubung-kait dengan special economic region- salah satunya adalah BioFusion. Di sini pelajar mempunyai peluang terhadap segala kemudahan moden. Berbanding di Malaysia, hampir pasti jauh sekali untuk setiap universiti/kulliyyah untuk mempunyai visi dan cita-cita yang besar ini.

Marina Bay Sands

Berlainan dengan NUS, Marina Bay yang terletaknya ikon yang paling popular di pulau ini iaitu Merlion (Mermaid+lion). Dulu tempat ini merupakan bekas perkampungan nelayan Melayu yang turut dikenali sebagai Teluk Belanga. Kreativiti yang ada dimanfaatkan untuk menjadikan tempat ini menjadi antara pusat pelancongan yang wajib pergi. Di hadapan Merlion ini terdapat Marina Bay Sands Casino dan Sand SkyPark.

Arab Streets di mana terletaknya Istana Kampong Gelam dan Masjid Sultan mempamerkan uniknya negara dagang yang mana Islam adalah asas negara. Di sini merupakan kawasan peninggalan terakhir Kesultanan Melayu Islam (Sultan Hussien Shah dan kerabat) sebelum diambil alih oleh Kerajaan Singapura dan dijadikan tempat lawatan pelancong!

Kunjungan terakhir di Singapura adalah di Singapore Zoo. Di sini sekali lagi timbul kekaguman bagaimana negara ini menggunakan segala sumber yang terhad tetapi berjaya melonjakkan zoo ini menjadi antara zoo yang terbaik di Asia Tenggara. Di dalam kawasan zoo ini terdapat hospital kecil haiwan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah ambulans! Sudah pasti zoo ini mempunyai pelbagai tarikan.

Masjid Sultan

Kembara ke tiga buah masjid iaitu Masjid Sultan, Masjid al-Mukminin dan Masjid Sultan Abu Bakar menjadikan perjalanan ini unik dalam menyelusuri era Islam di tempat dan masa yang berbeza.  Masjid Sultan siap dibina pada tahun 1928 terletak ditengah-tengah kawasan umat Islam Kampong Glam yang berlainan bangsa iatu perkampungan Melayu bersama Sultan dan kerabat, pedagang-pedagang arab dan pedagang-pedagang India Muslim. Aktiviti-aktiviti perniagaan di sekitar Masjid Sultan yang masih kekal sehingga kini , bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan pelancong Islam malah turut berjaya menarik perhatian pelancong bukan Islam.

Masjid al-Mukminin

Masjid kedua pula ialah Masjid al-Mukminin. Masjid ini merupakan masjid moden yang kosnya ditampung sendiri oleh penduduk Islam setempat. Di Singapura, tiada peruntukan khusus untuk pembinaan masjid dan laungan azan turut dikawal. Rata-rata masjid di sini memang memainkan peranan yang sangat penting dan sambutan masyarakat Islam setempat  amat memberangsangkan. Sebagai contoh, Masjid al-Mukminin dilengkapi dengan tadika dan kawasan permainan (di level 3), conference room, bilik pejabat, dewan kursus, bilik rujukan (bacaan) dan juga wifi.

Masjid Sultan Abu Bakar

Manakala, Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Baharu adalah masjid terakhir yang diziarah sebelum pulang ke Kuantan. Masjid ini dibina oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1892 hingga 1900 selepas ibukota kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri (kini Johor Baharu). Berbeza dengan Masjid Sultan dan Masjid al-Mukminin, masjid ini kelihatan ‘tenang’ dan peranannya tidaklah sehebat kedua-kedua masjid tersebut. Mungkinkah sense of belonging umat Islam di Malaysia terhadap masjid adalah kurang berbanding umat Islam Singapura? Mungkin juga ia adalah salah kerajaan sebab sentiasa memberi peruntukan untuk pembinaan masjid di Malaysia, maka sense of belonging kurang. Something need to ponder..

Perjalanan singkat ini amat bermakna kerana ia merangkumi pelbagai tujuan yang berjaya membawa perspektif baru. Kembara tiga masjid, NUS, marina bay dan Arab Streets mencerminkan pelbagai segmen masyarakat yang merentasi sejarah membentuk zaman.

Kesungguhan Singapura untuk berubah harus dijadikan teladan buat Malaysia kerana kita mempunyai pelbagai sumber alam, keunikan budaya dan pasaran ekonomi yang lebih luas. Semua ini perlu dimanfaatkan. Maka, kita perlu membentuk jati diri sendiri untuk menjadikan Malaysia benar-benar menjadi negara moden tapi dasar negaranya tetap berlandaskan agama Islam. Rakyatnya pula hidup aman, makmur dan bersatu-padu.

‎”MERDEKA terbina atas tiang sejarah, untuk membina sejarah baru. MERDEKA adalah milik berharga negara bangsa; berdosa bagi mereka yang mempersia-siakannya; biadap bagi mereka yang tidak menghormatinya” ~ Tun Abdullah Ahmad Badawi

Malaysia

Advertisements
This entry was posted in nation, people and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Journeys to the other Shore

  1. Shamel says:

    Bile la kite nak ke sydney plak din eh? 🙂

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s