Pandangan Ringkas Bajet 2015

bajet2015

Assalamualaikum wbt  & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya saya berkesempatan untuk menulis memberi pandangan ringkas bajet 2015 yang berdasarkan persoalan yang dilontarkan oleh sahabat lama saya  di ruang fb.

fb Shamel Sohot:

“….apa pendapat tentang bajet 2015? Adakah ia bersifat menyeluruh? Bagaimana reaksi belia pada pendapat  terhadap keprihatinan DS Najib yang turut mengambil kira isu peluang pekerjaan dan juga perumahan di kalangan belia.”

Secara ringkasnya, Bajet 2015 ini adalah hampir menyeluruh  kerana dalam bajet yang dibentangkan, YAB PM telah menekankan beberapa inisiatif penting yang berkait dengan isu-isu semasa. Sebagai contoh peluang keusahawanan, pertanian, ubat-ubatan penting yang dikecualikan GST, perumahan sehinggalah kepada pembangunan belia. Namun, isu yang berkaitan kos sara hidup perlu lebih ditekankan.

Di pihak belia pula sudah pastinya kami menyambut baik inisiatif-inisiatif ini namun dalam masa yang sama kami amat menekankan pembangunan yang bakal dirancang perlu mengambil kira pandangan-pandangan belia serta elemen-elemen nilai amat perlu dititik beratkan.

Mengambil contoh 1Malaysia Youth City yang bakal dibina di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, harapan kami agar  impaknya sangat besar bukanlah semata-semata seperti satu kawasan pusat rekreasi untuk belia.  Manakala, jika mengambil aspek pembangunan dari segi keusahawanan belia, Seksyen 7-kawasan pintu belakang UiTM Shah Alam adalah contoh terbaik Youth City. Di situ, majoriti belia yang meniaga online namun dalam masa yang sama mereka memiliki outlet/ butik mereka sendiri. Kalau di Taiping ini seperti Padieka.Com.

Maka, sekali lagi apa yang kami harapkan adalah program pembangunannya nanti haruslah mengambil kira aspek kerohanian, fizikal serta mental.

Justeru, apa yang lebih penting, dalam masa yang sama belia harus lebih peka dan mengambil peluang atas inisiatif-inisiatif yang telah disediakan serta mengadaptasi perubahan persekitaran.

Wasalam.

aizuddinmn

aizuddinmn

 

Posted in economy, nation | Tagged , | Leave a comment

Parlimen Belia: Satu Permulaan, Sejuta Harapan

aizuddinmnPB

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Saya Mohamad Aizuddin B Mohamad Noor, Calon Ahli Parlimen Belia Negeri Perak, memohon sokongan daripada ahli keluarga, guru-guru, pensyarah-pensyarah, sahabat handal, ikhwah-akhawat, para mahasiswa serta semua aktivitis-aktivitis penggerak belia.

Hakikatnya, penyertaan saya di saat-saat akhir ini merupakan pilihan yang tiada pilihan. Melihat, keadaan semasa anak muda dalam kebejatan pemikiran, kemiskinan jiwa, problematika ekonomi dan wajah sosial menjadi titik tolak satu perjalanan panjang.

Maka, Parlimen Belia ini adalah satu platform yang terbaik dalam mengerakkan anak-anak muda ini untuk mengembalikan Pemuda Peka Zaman; hebat pemikirannya, kukuh jati dirinya, unggul peribadinya serta rasional tindakannya.

Mimpi kelmarin adalah kenyataan hari ini, mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok. Berjaya atau tidak itu semua adalah ketentuanNya dan usaha tetap perlu diteruskan kerana kita tidak mahu kebaikan yang tidak disusun akan dikalahkan kebatilan yang tersusun.

Hasbunallah wa ni’mal wakil– Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.

Mohamad Aizuddin B Mohamad Noor
Calon Parlimen Belia Negeri Perak
Mukmin.Muharik.Nasionalis.

#undiaizuddin
#pemudapekazaman

Posted in uncategorized | Leave a comment

Hadapilah

Walau hujan badai kan terus melanda

walau amuk gelombang tak henti menerjang

walau terang mencegah, walau mentari kan membakar

jangan letih menapaki kehidupan.

 

Ujian bagaikan terik sinar sang surya

hadir kedunia bersama berjuta karunia

janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa

janganlah bersimpuh dihadapan duka.

 

Hadapilah segala tantangan

sambutlah harimu dengan suka cita

hadapilah segala ujian

dalam kesulitan pasti ada kemudahan.

hadapilah;shoutul harakah-

Hakikat sebuah dakwah bukanlah semata-semata untuk umat ini tetapi juga sebenarnya adalah untuk memperbaiki jiwa dan diri sendiri.

Buat teman yang dalam gerakan dakwah, janganlah kalian tinggalkan ia sedangkan umat ini amat memerlukan ia.

“Cinta kita kepada dakwah inilah akhirnya membuat senergi kita selalu besar, selalu ada, dan terus ada untuk memperjuangkan dakwah kita”-Cahyadi Takariawan.

salam perjuangan.

aizuddinmn

#pemudapekazaman

rukun-pemuda

#pemudapekazaman

 

Posted in nation, rukun pemuda | Tagged , , | Leave a comment

Masih Relevankah Kita?

Masih relevankah kita?
Andai hadirnya kita dijauhi,
Pemergiannya kita dirai.

Masih relevankah kita?
Mereka mengisi minda,
Kita menghias diri.

Masih relevankah kita?
Mereka merencana agenda,
Kita menghibur gusi.

Masih relevankah kita?
Mereka berhujah fakta,
Kita sedang bermanipulasi.

Masih relevankah kita?
Bicara mereka universiti,
Suara kita jenaka.

Masih relevankah kita?
Mereka memenuhi masjid,
Kita mengimarah kedai kopi.

Masih relevankah kita?
Mereka berpaut pada Tuhan.
Kita berpaksi duniawi.

Masih relevankah kita?
Ya kita masih relevan,
Jika kembalikan perjuangan.

“(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”
[Surah Muhammad: 38]

Sultan Muhammad al-Fateh

Sultan Muhammad al-Fateh

#muhasabahdiri@bandar bijih timah

Posted in muhasabah diri, nation, people, politics, Sultan Muhammad al-Fateh | Tagged , | 1 Comment

Mencuci Lumpur Cermin Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt, Salam Ramadhon, Salam Lailatul Qadr,

Mencuci lumpur bukanlah sesuatu yang mudah seperti jangkaan oleh segelintir masyarakat. Hakikatnya ia jauh lebih sukar, ditambah pula dengan salutan lumpur yang telah lama menutupi kilauan-kilauan cermin.

Jika dulu, amanahnya adalah untuk menjaga dan menyinarkan lagi kilauan cermin-cermin yang sudah cukupnya bersinar. Justeru, ketika itu tugasnya tetap sukar namun, alhamdulillah ia mudah diatur. Tambahan pula, cermin-cermin itu cukup berkualiti. Sekali lagi, alhamdulillah ia berjaya diuruskan.

“Mengarungi samudera kehidupan, kita ibarat para pengembara, hidup ini adalah perjuangan, tiada masa tuk berpangku tangan”

Kini, amanahnya adalah untuk mencuci, membersihkan malah mengembalikan roh kilauan cermin yang kian ditelan zaman akibat lumpur kental yang menutupi. Lumpur-lumpur yang tidak pernah jemu menumpang populariti, mengaut untung sebuah cermin yang suatu ketika dahulu ia sangat terkenal dengan jasa kepada Tuannya.

“Setiap titis peluh dan darah, tak akan sirna ditelan masa, segores luka di jalan Allah, akan menjadi saksi pengorbanan”

Alhamdulillah, Tuannya masih sayang akan ia. Lalu, harapanya adalah untuk menemui seorang pencuci yang telah mencermin diri sendiri dahulu. Jika jasad pencuci ini sendiri penuh bersalut lumpur, bagaimana pula dia mampu membersihkan cermin. Hatta, boleh jadi, cermin itu akan kian pudar menunggu saat terakhirnya. Maka, benarlah kata bijaksana, andai mahu dunia berubah, diri sendiri perlu berubah terlebih dahulu-cerminan diri sendiri!

“Allahu ghaayatunaa, Ar-Rasuulu qudwatunaa, Al-Qur’aanu dusturunaa, Al-Jihadu sabiiluna, Al-Mautu fii sabilillah Asma amaanina”

Justeru, sejarah telah menjadi saksi saat 12 ramadhon bermulanya sebuah perjuangan yang cukup getir. Adakah ia cukup kuat menongkah arus menguasai kejayaan atau duduk kaku, terdiam menyesali kegagalan. Akhirnya, masa akan menjadi penonton yang sangat setia kerana hakikat kehidupan adalah tetap sebuah perjuangan.

“Allah adalah tujuan kami, Rasullah adalah teladan kami, Al-Quran adalah pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Maka berusaha ia, berdoa ia, bertawakal ia pada Penciptanya.

12 Ramadhon 1434 H, Taiping.

Image

Posted in politics | Tagged | Leave a comment

Kahwin dah, apa plak lepas ni?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah telah seminggu selesai urusan majlis pernikahan dan perkahwinan. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan ahli-ahli keluarga yang hadir. InsyaAllah apabila ditakdirkan sampainya majlis anda nanti saya dan keluarga akan berkunjung ke sana pula. Apa-apa pun hanya Allah swt sahaja  yang mampu membalas jasa dan pengorbanan anda semua.

Keluarga Sakinah

Keluarga Sakinah

Dahulu masa kecil iaitu masa sekolah rendah, kita selalu diterapkan tentang impian dan cita-cita. Kita ditekankan tentang belajar dengan bersungguh-sungguh. Setiap peperiksaan yang utama kena ‘score’. 5A, 8A, 10A dan bermacam-macam A lagi. Selepas SPM, kita diimpikan lagi untuk masuk ke universiti, bekerja, berkahwin dan bermacam-macam lagi. Itulah kehidupan dunia-ada sahaja yang ingin dicari-mungkin tercapai atau tidak-namun ia tidak kekal. Apabila kita terus berfikir, berfikir dan berfikir merancang hala tuju kehidupan dunia ini, kita akan menemui hakikat yang sebenarnya iaitu tujuan kehidupan ini adalah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Maka segala apa yang dilakukan, apa yang dicita-citakan matlamat akhirnya adalah kehidupan diakhirat. Setiap tindakkan, percakapan, perlakuan-seperti pekerjaan, perkahwinan, kehidupan kekeluargaan perlulah bersandarkan keuntungan di akhirat kelak. Kita sebenarnya adalah khalifah di sini dan dalam masa yang sama kita adalah seorang hamba kepada Allah-tuhan yang Maha Esa.

Kejayaan umat ini terletak pada setiap individu, seterusnya keluarga yang soleh, masyarakat yang taat pada syariat dan negara yang berkat dan diredhoi Allah. Setiap baitul muslim perlu dipenuhi dengan keindahan cahaya iman dan taqwa. Solat berjemaah, qiamullail, bacaan al-mathurat dan al-quran adalah antara pengisian dalam sesebuah baitul muslim. InsyaAllah anak-anak perlu diajar mengenali dan mencintai Allah dan Rasullah s.a.w seterusnya mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya. Agar kelak lahirnya umat yang bukan sahaja hebat kehidupan dunianya malah akhiratnya juga.

Antara kezaliman di bumi Palestin: Mangsa kekejaman tentera israel adalah kanak-kanak dan wanita Palestin.

Di saat coretan ini ditulis, bumi Gaza diserang kembali dengan zallimnya oleh penjajah Israel Zionis laknatullah. Kita di sini mungkin sedang berada dalam keseronakan melangsungkan majlis perkahwinan namun saudara-saudara kita di sana terus syahid berjuang mempertahankan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa. Apa yang sedang berlaku  ini sebenarnya adalah isyarat dari Allah untuk menyedarkan kita bahawa kita mempunyai amanah dan tanggunjawab yang belum dilaksanakan. Oleh itu, kehidupan ini bukan semata-matanya untuk diri sendiri- bekerja, berkahwin, mencari harta dunia tetapi terletak juga pelbagai hak-hak lain ke atas kita.

Bebaskan Palestin!!!

Kebatilan yang terancang dan tersusun akan berjaya mengalahkan kebenaran yang tidak sistematik. Justeru, apa yang perlu kita lakukan seterusnya adalah menyiapkan diri dan keluarga untuk menjadikan masyarakat serta umat ini cantik akhlaknya,indah tutur katanya,  manis imannya, teguh akidahnya, kehidupan seharian begitu aman, harmoni serta bebas daripada segala jenayah, kezaliman, kepincangan serta terjamin kehidupan akhiratnya seakan-akan kita berada dalam negara Islam Madinah dan khulafah. Jika kita tidak terpanggil untuk berada di medan jihad, zuriat keturunan kita pasti sudah bersedia untuk menjadi ahli syuhada. InsyaAllah. Amiiinn.

Wasalam.

Dari taiping ke tangkak.
10 Muharram 1434H

Posted in keluarga, nation, Palestin, people, politics | Tagged , | Leave a comment

Go Against The Grain

Trust

In the last few days, I had met several prominent political leaders in different occasions. Alhamdulillah during the meeting we able to channel our views and discuss numerous current issues as well as sow the seeds. After a moment, I conclude that; they know that they need to change, want to be better for stable and successful future.However the grassroots are unable to get their aspirations. They have shortage of quality talents and eventually, this has become a drawback for them.

In my opinion, if they able to get a small amount of quality manpowers is much better than if they have enormous grassroots but do not has quality. Thus,in the way forward, the grassroots need to be nurtured with the most basic attributes but really carry weight which are faith and takwa (pious) since muslims can only get success in the world and hereafter through taqwa. ”They will be of no use to thee in the sight of Allah. it is only Wrong-doers (that stand as) protectors, one to another: but Allah is the Protector of the Righteous” [Surah al-Jathiyah 45:19].

Indeed, a good, pious leader is also need to be nurtured in order to get the good and pious followers. Inspired by the history of Sultan Muhamad al-Fateh; the best king will get best followers (army). Sultan Muhammad al-Fateh and his armies able to conquer the Constantinople  after 800 years Rasullah S.A.W. said; ” Constantinople will be conquered by the muslims.The King is the best king ever and his armies are the best armies ever” (narrated by Imam Ahmad). In short, the secret of this triumph was they (this best emperor and followers) strongly uphold the Quran and Sunnah throughout their daily life.

Theoretically, on papers, things mentioned above is easy as ABC. In contrast, down-to-earth, it is difficult as a Greek puzzle. Since the path is more likely go against the grain. ‘If not you, who else?’

Constantinople (Istanbul)

Posted in nation, politics, Sultan Muhammad al-Fateh | Leave a comment