Assalamualaikum wbt..
Ini adalah pandangan lain mengenai Bersih 2.0 yang di sampaikan oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru. Beliau mempunyai perjalanan politik yang menarik. Beliau merupakan bekas ahli PAS, PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas. Perjalanan serta pandangan politik beliau boleh diikuti di blog beliau: http://zul4kulim.blogspot.com/ . Jom baca!
Buat orang-orang muda [merujuk pada pemuda-pemudi Islam] yang merupakan pemimpin-pemimpin masa depan, kita perlu bersikap, berfikiran terbuka dalam menilai suasana politik semasa kerna kitalah yang sebenarnya yang akan mencorak, membentuk politik baru masa depan iaitu politik yang bukan berasaskan [taksub] pada politik kepartian tetapi pada matlamat yang sama iaitu Negara Islam yang sebenar yang sudah pastinya adil pada semua peringkat masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan pada seluruh alam.
Perubahan boleh dimulakan dengan mendapatkan info daripada pelbagai sumber bukannya satu sumber sahaja. Sekiranya maklumat hanya dari satu sumber sahaja, kita tidak mampu membuat penilaian yang sewajarnya.
Sebenarnya di Malaysia, aktiviti-aktiviti brain-wash sudah sekian lama dilakukan. Sejak dari kecil lagi, kita telah ditanam perasaan benci pada satu pihak dan menutup kebenaran pada satu pihak yang lain. Maka, tidak hairan ada di kalangan kita yang bersikap begitu kritikal/ ekstrem terhadap sesuatu pihak. Apabila dibincangkan apa yang telah dilakukan oleh pihak lain, mereka sebenarnya tidak tahu. Kesalnya, sehinggakan ada dikalangan mereka yang tidak mahu menerima kebenaran daripada pihak lain.
Maka kita pelu ketepikan pemikiran hanya satu pihak (parti) yang benar, pihak-pihak yang lain pula adalah salah. Kita perlu ambil tahu pandangan dua-dua belah pihak. Yang mana betul kita sokong, yang mana salah kita betulkan melalui saluran, cara yang betul.
Ayuh, kita berubah! Benar-benar berubah bukannya diubah!

